Saliha seorang gadis yang memiliki banyak keistimewaan. Dia menghadapi dugaan dalam percintaan. Namun begitu gadis ini tetap tabah dan yakin setiap kejadian ada hikmahnya. Dia lebih banyak mengadu dan berserah terhadap Yang Maha Pencipta dan mempunyai prinsip tersendiri dalam hidupnya. Semakin hatinya terluka semakin hampir dirinya dengan Tuhan. Dia memperindahkan lagi dirinya dengan akhlak yang mulia sesuai dengan fitrah sebagai perempuan. Walaupun dilukai oleh kekasih pertama yang curang ketika berjauhan darinya namun di hatinya tidak pernah berdendam dengan jejaka tersebut. Dr. Saif Hilfi dalam diam memujanya. Haikal, kekasih pertamanya masih mengharap kasihnya walaupun telah memiliki seorang kekasih yang hebat. Juga, Tengku Fikri yang pada awalnya berniat jahat padanya telah bertukar mencintainya. Dia tidak pernah melatah. Malah, dia tidak pernah emosional di dalam membuat keputusan. Tanpa di duganya Firdaus Zamawi anak rakan kongsi Umminya di Marina Resort yang juga dianggap sebagai sahabat turut menaruh perasaan terhadapnya. Firdaus Zamawi berniat untuk menjadikan Saliha sebagai isteri untuk menggantikan tempat tunangnya Dina yang telah meniggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Dalam keresahan jiwanya, rindu Saliha tetap satu…lelaki itu terlalu istimewa buat dirinya walaupun dugaan terpaksa ditempuhi demi memiliki cinta yang sejati… Tertunaikah harapan di hati Saliha kerana Allah telah menetapkan jodoh setiap insan yang diciptakannya.Tuesday, April 24, 2007
Rindu Saliha
Saliha seorang gadis yang memiliki banyak keistimewaan. Dia menghadapi dugaan dalam percintaan. Namun begitu gadis ini tetap tabah dan yakin setiap kejadian ada hikmahnya. Dia lebih banyak mengadu dan berserah terhadap Yang Maha Pencipta dan mempunyai prinsip tersendiri dalam hidupnya. Semakin hatinya terluka semakin hampir dirinya dengan Tuhan. Dia memperindahkan lagi dirinya dengan akhlak yang mulia sesuai dengan fitrah sebagai perempuan. Walaupun dilukai oleh kekasih pertama yang curang ketika berjauhan darinya namun di hatinya tidak pernah berdendam dengan jejaka tersebut. Dr. Saif Hilfi dalam diam memujanya. Haikal, kekasih pertamanya masih mengharap kasihnya walaupun telah memiliki seorang kekasih yang hebat. Juga, Tengku Fikri yang pada awalnya berniat jahat padanya telah bertukar mencintainya. Dia tidak pernah melatah. Malah, dia tidak pernah emosional di dalam membuat keputusan. Tanpa di duganya Firdaus Zamawi anak rakan kongsi Umminya di Marina Resort yang juga dianggap sebagai sahabat turut menaruh perasaan terhadapnya. Firdaus Zamawi berniat untuk menjadikan Saliha sebagai isteri untuk menggantikan tempat tunangnya Dina yang telah meniggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Dalam keresahan jiwanya, rindu Saliha tetap satu…lelaki itu terlalu istimewa buat dirinya walaupun dugaan terpaksa ditempuhi demi memiliki cinta yang sejati… Tertunaikah harapan di hati Saliha kerana Allah telah menetapkan jodoh setiap insan yang diciptakannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)